Tuesday, 29 March 2011

KONVOI PROGRAM JELAJAH PROMOSI HARI BELIA NEGARA 2011 PERINGKAT NEGERI SABAH

MASA : 26hb MAC 2011

JAM    : 8.00 PAGI - 2.00 PETANG
TEMPAT : KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN PUTATAN - ONE BORNEO

Walaupun hari tu hujan ramai juga yang turut serta. Terima kasih kepada bikers sanggup berhujan. Pada rancangan awalnya lebih 100 buah motorsikal akan datang mungkin cuaca hujan jadi ramai yang sejuk hehehehe..kira-kira 50 buah motorsikal yang terlibat. Sabah Big Bike Club, Persatuan Pemilik Skuter Elegan Sabah, Kota Kinabalu LC Crew, Saya Rider Scooter, North Borneo Scoot Crew, Ride Borneo Club dan Santai Bikers Club korang memang sporting abis. Terima kasih juga kepada Kelab Proton Saga dan Kenariaz Club Chapter Sabah kerana turut serta. Juga kepada band band yang dijemput oleh Rakan Muda iaitu The Bezkon, Orang Planet, Sasuka, Soundblazer, Wake Up Call dan Cahaya..lagu lagu korang memang gempak. 

Friday, 25 March 2011

PROGRAM RAKAN MUDA MY CORPS (SUKARELAWAN ANTARABANGSA)

Persediaan untuk menyediakan sukarelawan-sukarelawan yang berkemahiran mengikut bantuan kemanusiaan di luar negara. Sekurang-kurangnya ada wakil dari Sabah.

Kriteria Peserta    : 1. Umur 18 hingga 30 tahun
                             2. Fasih Bahasa Inggeris
                             3. Mempunyai kemahiran atau skill contohnya
                                 dalam bidang pendidikan, perubatan dll.
                             4. Mempunyai Ekonomi yang stabil
                             5. Pernah Mengikuti Kerja kerja Kesukarelaan

Program Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Negeri Sabah. Sila hubungi En. Fadzly Bin Ramli di talian 0168343803 untuk makluman lanjut. JOM....

KONVOI PROGRAM JELAJAH PROMOSI HARI BELIA NEGARA 2011 PERINGKAT NEGERI SABAH

MASA : 26hb MAC 2011
JAM    : 8.00 PAGI - 2.00 PETANG
TEMPAT : KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN PUTATAN - ONE BORNEO

KONVOI INI UNTUK MEMPROMOSI SEMPENA PERHIMPUNAN SEJUTA BELIA - HARI BELIA NEGARA PADA MEI 2011. JAM 8.00 PAGI SEMUA PESERTA JELAJAH BERKUMPUL DI JABATAN BELIA DAN SUKAN PERSEKUTUAN NEGERI SABAH UNTUK TAKLIMAT DAN AKAN BERGERAK KE SEKITAR KK DAN KEMUNCAKNYA PERASMIAN ONE BORNEO. SEMUA PERSATUAN/KELAB BERMOTOR DIJEMPUT TERUTAMANYA DI BAHAGIAN PANTAI BARAT. PIHAK JABATAN BELIA HANYA MENYEDIAKAN MAKAN DAN MINUM SAHAJA.